Sunday, June 15, 2008

Gugurnya Seorang Pahlawan

Gugurnya seorang pahlawan
Tewas di tangan kawan
Walaupun titisan darah jatuh mengalir
Namun dia tidak menyalahkan
sahabatnya yang amat disayang
Kata-kata yang dapat terucap
Raja Adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah
Sahabatnya hanya tunduk rasa bersalah
kerana melaksanakan perintah diraja
Apabila kawan menjadi lawan
Apabila keliru menegakkan kebenaran

Pahlawan gugur:
Aku tidak mahu melawan kawan
Kelakuan ini hanya kerna aku
tidak setuju dengan apa yang dikatakan
oleh Sultan.
Engkau dihukum mati, sedangkan kau tidak bersalah!
Namun, tidak kusangka, bahawa
Bendahara menyembunyikan kau
Alangkah bahagianya aku bila kau muncul
tegak dihadapan rumah!
Keris pusaka ini, hak engkau
Ku pulangkan kerna aku sangkakan
engkau kembali kepada keadilan
Kini, aku tewas ditanganmu kawan
Tidak sekali aku mendendam padamu
Hingga tertumpah darah ini
Engkau masih sahabat ku

Pahlawan Sultan:
Tidak sekali aku impikan
Terjadinya peristiwa ini
Aku menyayangi engkau wahai sahabat
Tapi apakan dayaku, terpaksa aku menjalini
perintah Sultan
dia murka, perajurit-perajurit mati di merata negera
dayang-dayang telah kau cabuli
Sahabat ku, tidak ku tahu engkau mengamok kerna diriku
Namun aku tidak dapat menyelamatkan kamu
Menewaskan kamu kemuka keadilan menjadi matlamatku
mendakap mu kini, mengingatkan ku kembali
kepada kata-kata Guru,
matinya engkau ditangan aku

Gugurnya Jebat ditangan Tuah
matinya seorang pahlawan, kawan
dan askar pengadilan.

Lagu Negeri Kelantan

Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami

Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan

Lagu Negeri Perak


Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan

Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan

Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan.