Thursday, February 12, 2009

WANITA: AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa , nabipun terasa sunyi tanpa wanita, Tanpa mereka ,fikiran dan perasaan lelaki akan resah, Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada didalam syurga ?
Namun adam tetap rindukan hawa, Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk, Diluruskan oleh lelaki,

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus ....
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh allah swt,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh allah,
Didiklah mereka dengan panduan darinya,
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya,
Mereka semakin liar,

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan , kerana nantinya,
Mereka akan ssemakin derita, kenalkan mereka ,
Kepada allah , zat yang kekal,
Disitu punca kekuatan dunia !

Akal senipis rambutnya , tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya,
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan rabb,
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi allah, sebaliknya disitulah kasih dan sayang allah,

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur,
Dan tidak akan menghiburkan,
Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus,
Bahkan akan semakin membengkok,
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal rabbnya,
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara,
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata,
Tapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya,
Jinakkan diri kepada allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya
Di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia fatimah az-zahra'.
Andainya dirimu tidak sehebat saidina ali karamallahuwahah

Sunday, February 8, 2009

Mutiara Buat Isteri Solehah

”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.”

( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)

”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke sy urga dari pintu mana sahaja kamu suka.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)

”Tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya. Padahal suaminya tidak senang.” (Hadith riwayat Hakim)

”hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya.

Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melakntanya dan para malaikat memarahinya kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” (Hadith riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)

”sesungguhnya setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga.” (hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

”Tidak sempurna dan lengkap seseorang mukmin kemudian daripada taqwa kepada Allah itu yang terlebih baik daripada isteri yang solehah. Apabila dipandang menyukakan hati, apabila disuruh ia taat. Dan apabila tiada suaminya ia memelihara maruah diri (kehormatannya) dan harta suaminya.”(maksud hadith)

”seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah Taala sehingga ia telah menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.” (Maksud hadith) ”Dunia ini perbendaharaan, dan sebaik-sebaik perbendaharaan itu ialah isteri yang salihah.” (Maksud hadith).