Facebook Badge
kami guru Malaysia
my mother
About Me
- seorang ani
- Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dikir Barat J-Qaf
pautan
Rangkaian Pengurusan
My Blog List
-
Pakda naik rumah baru - Bertolak dari rumah di Slim River pada 16.10.2009 jam lebih kurang 12.30 tgh hari melalui Batang Kali dan melewati Kota Peranginan Genting Highlands, singg...9 years ago
-
Pesan buat ku - Tazkirah ringkas: Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi: Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia Allah akan sibukkan kita dengan u...12 years ago
-
International Seminar On Current Islamic Issues In Southeast Asia - Bekas Dekan Fakulti Dakwah, Dr Hassan Al Basri Qari'ah dari Fakulti Dakwah memulakan majlis dengan bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an sebahagian dari tet...13 years ago
Sunday, June 15, 2008
Gugurnya Seorang Pahlawan
Tewas di tangan kawan
Walaupun titisan darah jatuh mengalir
Namun dia tidak menyalahkan
sahabatnya yang amat disayang
Kata-kata yang dapat terucap
Raja Adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah
Sahabatnya hanya tunduk rasa bersalah
kerana melaksanakan perintah diraja
Apabila kawan menjadi lawan
Apabila keliru menegakkan kebenaran
Pahlawan gugur:
Aku tidak mahu melawan kawan
Kelakuan ini hanya kerna aku
tidak setuju dengan apa yang dikatakan
oleh Sultan.
Engkau dihukum mati, sedangkan kau tidak bersalah!
Namun, tidak kusangka, bahawa
Bendahara menyembunyikan kau
Alangkah bahagianya aku bila kau muncul
tegak dihadapan rumah!
Keris pusaka ini, hak engkau
Ku pulangkan kerna aku sangkakan
engkau kembali kepada keadilan
Kini, aku tewas ditanganmu kawan
Tidak sekali aku mendendam padamu
Hingga tertumpah darah ini
Engkau masih sahabat ku
Pahlawan Sultan:
Tidak sekali aku impikan
Terjadinya peristiwa ini
Aku menyayangi engkau wahai sahabat
Tapi apakan dayaku, terpaksa aku menjalini
perintah Sultan
dia murka, perajurit-perajurit mati di merata negera
dayang-dayang telah kau cabuli
Sahabat ku, tidak ku tahu engkau mengamok kerna diriku
Namun aku tidak dapat menyelamatkan kamu
Menewaskan kamu kemuka keadilan menjadi matlamatku
mendakap mu kini, mengingatkan ku kembali
kepada kata-kata Guru,
matinya engkau ditangan aku
Gugurnya Jebat ditangan Tuah
matinya seorang pahlawan, kawan
dan askar pengadilan.
Lagu Negeri Kelantan
Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan
Lagu Negeri Perak

Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan
Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan
Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan.
Saturday, May 31, 2008
Lagu Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
guru oh guru
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
1979
suatu hari di P.Pangkor
Category
Blog Archive
kenangan di Pangkor (BIG)
bina insan guru
majlis khatam al-qur'an
Hari Sukan Sekolah SKSR
bersama semua guru SKSR
maulidur rasul 1430H
jamuan kelas qiraati










